Saturday, 26 July 2014

Lawatan ke NZ Kota

NZ Kota memang sinonim dengan peminat fertigasi di daerah Kluang, Batu Pahat dan Simpang Renggam. Diterajui oleh En.Syekh Mohamad Noh, NZ Kota adalah peneroka terawal dalam tanaman fertigasi di kawasan ini terutamanya cili. Saya juga bermula dari mereka dengan menyertai pakej fertigasi cili centil pada 2011. Ketika itu harga sepokok lebih kurang RM 15(tak siap pancang). Sekarang kalau tak silap RM 23, tapi lengkap dengan pancang dan net pagar.

Mereka menggunakan kawalan serangga organik berjenama brogad dengan rutin semburan seminggu sekali. Bagi menggalakkan bunga dan pucuk baru,Gibralic acid berjenama hero gib diamalkan sama seperti rutin kawalan serangga.

Setelah melalui beberapa musim, penyakit daun kerinting, lalat buah memang tidak dapat dielakkan. Mujur pada musim ini serangan serangga,virus dan kulat adalah terkawal. Tetapi, harga cili pula yang tidak stabil. Ini cabaran biasa bagi penanam cili. Kesemua pokok yang ditanam dianggarkan berjumlah 3000 pokok.

Musim ini juga, rezeki mereka dilihat agak cantik dan enak kerana bantuan Sistem Pelindung Hujan(SPH) dll datang dengan diundang.Nampaknya 1/3 dari keseluruhan kebun cili sudah ada teduhannya. SPH berfungsi sebagai pelindung hujan,hujan yg berlarutan boleh mnyebabkan penyakit berkaitan kulat seperti bintik daun, hawar pucuk dll. Dengan berbumbungkan plastic UVpada SPH, ia sedikit sebanyak ia dapat mgurangkan pencahayaan sinaran matahari (ultra unggu) yang boleh menyebabkan tumbesaran buah terbantut (jadi bulat). Cocopeat yang rosak, boleh diaplikasikan untuk media pokok halia. Biasanya cocopeat  rosak disebabkan bakteria. NZ Kota juga pernah menanam terung panjang dan hasilnya dikatakan memuaskan. Walau bagaimanapun, masalah pasaran menjadi punca pada pemberhentian tanaman ini.

                Air yang digunakan bersumber dari bawah tanah secara semula jadi. Mereka menggunaka mesin pnyedut khas yang mantap. Tahap PH air di situ sebenarnya beralkali kerana jenis tanah liat. Jadi penyelesaiannya adalah dengan menambahkan cuka ke dalam air bancuhan dengan sukatan yang optimum. Motor pam air yg digunakan berjumlah lebih kurang lima biji dengan kadar HP yang berbeza. Sistem loping digunakan untuk menyeragamkan titisan air. Tiga plot kawasan kesemuanya,dengan jumlah kadar pokok yang berbeza. Setiap baris pokok ada disediakan SOV(valve kecil) dan polipaip utama bersaiz 32mm,sambungan poli16mm ke poli32mm mggunakan SOV dengan grommet. Lubang sambungan perlu digerudi mengikut saiz Poli kecil yang hendak disambung ke poli besar. Pancang (besi nako) berukuran 6kaki dengan jarak setiap polibeg berkadar 2kaki. Wed med (tikar) yg digunakan adalah jenis yang berkualiti dan tahan lama berbanding jenis China.


                Itulah secebis kisah tentang NZ Kota, mungkin saya akan kongsikan lagi perkembangan terbaru NZ Kota pada masa akan datang. Moga NZ Kota dapat memberi ilham kepada kita semua.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan:

Anak benih

Daun yang rimbun

Pam Air Dari Tanah

Pokok Mengalami Mabuk Daun

Recycle Cocopeat

Sistem Paip

Tamat Musim

Terima kasih kerana membaca entri ini.. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 'HUBUNGI KAMI' . Saya akan cuba untuk memberi maklumbalas sebaik mungkin..










No comments:

Post a Comment