Fertigasi
di rumah sememangnya menyenangkan kerana kedudukannya adalah dekat. Saya sendiri menanam 150 pokok cili di sebelah rumah. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini saya telah menanam 60 pokok cili untuk sesi pembelajaran iaitu pada 2011. Setakat ini hasilnya adalah memuaskan.
Apa yang
menarik, serangan serangga, virus dan kulat adalah amat sedikit. Jadi, setiap pokok mampu mencapai 2 kg beratnya. Mungkin cuaca juga
memainkan peranan. Cuaca yg tidak terlalu panas dan tidak terlalu berhujan
adalah sangat ideal. Cahaya matahari memang penting untuk proses fotosintesis (proses
tumbuhan membuat makanan) sekali gus mnggalakkan pendebungaan. Namun apa yang saya
perhatikan, cahaya matahari di waktu petang
sebenarnya boleh menjejaskan pokok apatah lagi jika pokok ditempatkn di
kawasan terbuka. Ditambah pula suhu sekarang yang kurang sesuai akibat gejala el nino iaitu musim panas yang lebih panjang dari biasa.
Kesan suhu panas pada waktu petang
Saya juga ada
membuat pemerhatian tentang kesan suhu panas petang kepada pokok tanaman. Antara simptomnya adalah seperti daun menjadi keras (agak
kematu) dan yang lebih menakutkan buah pula menjadi bulat. Jadi,pilihan
tapak projek adalah penting agar kita tidak kerugian. Kerugian boleh
membantutkan semangat pekebun yang baru berjinak dalam pertanian.
Elakkan kawasan banjir dan tempat laluan air hujan
Kawasan bebas banjir dan tempat laluan
air hujan pula perlu dielakkan. Mengikut pengamatan saya dari kawan-kawan yang melakukan tanaman fertigasi di kawasan yang mengalami gejala banjir atau
takungan air, didapati daun menjadi kerinting secara kritikal dengan cepat selepas banjir surut. Ada kemungkinan media tanaman tercemar
dengan bakteria dan virus dari air yang membanjiri kawasan. Jika banjir itu
dalam hingga menenggelamkan polibeg, alamatnya pokok akan mati disebabkan oleh kereputan akar.
Tanaman fertigasi cili sentil
Untuk tanaman fertigasi saya, anak benih yang digunakan adalah jenis
centil. Ramai orang mengatakan benih ini adalah hasil kacukan cilipadi kampung
dan siam. Tapi apa yang penting benih
ini mampu mngeluarkan hasil yg maksimum, serentak dan cepat. Pembungaan tidak
putus sekiranya kena pada gaya penjagaanya.Harga pasaran juga stabil. Buahnya juga
besar,amat pedas dan padat. Kulitnya berkilat dan licin. Cili ini mudah dipetik
apatah lagi semasa tuaian pertama. Saiz cili boleh mencapai sehingga lebih satu inchi. Cili
Centil kini menjadi pilihan banyak pekebun disamping kelebihannya yg mmpunyai
daya rintangan penyakit yang agak tinggi. Kadar kerosakan biasanya 5-10%.Kadar
bulan produksinya hanya berkadar tujuh ke lapan bulan jika mggunakan polibeg
(cocopeat atau tanah). Jika tidak menggunakan polibeg atau tanam di atas tanah,mungkin
boleh mencapai setahun setengah.
Berikut adalah beberapa gambar tanaman fertigasi cili yang saya lakukan di rumah:
Terima kasih kerana membaca entri ini.. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 'HUBUNGI KAMI' . Saya akan cuba untuk memberi maklumbalas sebaik mungkin..
No comments:
Post a Comment