Saturday, 26 July 2014

Lawatan ke NZ Kota

NZ Kota memang sinonim dengan peminat fertigasi di daerah Kluang, Batu Pahat dan Simpang Renggam. Diterajui oleh En.Syekh Mohamad Noh, NZ Kota adalah peneroka terawal dalam tanaman fertigasi di kawasan ini terutamanya cili. Saya juga bermula dari mereka dengan menyertai pakej fertigasi cili centil pada 2011. Ketika itu harga sepokok lebih kurang RM 15(tak siap pancang). Sekarang kalau tak silap RM 23, tapi lengkap dengan pancang dan net pagar.

Mereka menggunakan kawalan serangga organik berjenama brogad dengan rutin semburan seminggu sekali. Bagi menggalakkan bunga dan pucuk baru,Gibralic acid berjenama hero gib diamalkan sama seperti rutin kawalan serangga.

Setelah melalui beberapa musim, penyakit daun kerinting, lalat buah memang tidak dapat dielakkan. Mujur pada musim ini serangan serangga,virus dan kulat adalah terkawal. Tetapi, harga cili pula yang tidak stabil. Ini cabaran biasa bagi penanam cili. Kesemua pokok yang ditanam dianggarkan berjumlah 3000 pokok.

Musim ini juga, rezeki mereka dilihat agak cantik dan enak kerana bantuan Sistem Pelindung Hujan(SPH) dll datang dengan diundang.Nampaknya 1/3 dari keseluruhan kebun cili sudah ada teduhannya. SPH berfungsi sebagai pelindung hujan,hujan yg berlarutan boleh mnyebabkan penyakit berkaitan kulat seperti bintik daun, hawar pucuk dll. Dengan berbumbungkan plastic UVpada SPH, ia sedikit sebanyak ia dapat mgurangkan pencahayaan sinaran matahari (ultra unggu) yang boleh menyebabkan tumbesaran buah terbantut (jadi bulat). Cocopeat yang rosak, boleh diaplikasikan untuk media pokok halia. Biasanya cocopeat  rosak disebabkan bakteria. NZ Kota juga pernah menanam terung panjang dan hasilnya dikatakan memuaskan. Walau bagaimanapun, masalah pasaran menjadi punca pada pemberhentian tanaman ini.

                Air yang digunakan bersumber dari bawah tanah secara semula jadi. Mereka menggunaka mesin pnyedut khas yang mantap. Tahap PH air di situ sebenarnya beralkali kerana jenis tanah liat. Jadi penyelesaiannya adalah dengan menambahkan cuka ke dalam air bancuhan dengan sukatan yang optimum. Motor pam air yg digunakan berjumlah lebih kurang lima biji dengan kadar HP yang berbeza. Sistem loping digunakan untuk menyeragamkan titisan air. Tiga plot kawasan kesemuanya,dengan jumlah kadar pokok yang berbeza. Setiap baris pokok ada disediakan SOV(valve kecil) dan polipaip utama bersaiz 32mm,sambungan poli16mm ke poli32mm mggunakan SOV dengan grommet. Lubang sambungan perlu digerudi mengikut saiz Poli kecil yang hendak disambung ke poli besar. Pancang (besi nako) berukuran 6kaki dengan jarak setiap polibeg berkadar 2kaki. Wed med (tikar) yg digunakan adalah jenis yang berkualiti dan tahan lama berbanding jenis China.


                Itulah secebis kisah tentang NZ Kota, mungkin saya akan kongsikan lagi perkembangan terbaru NZ Kota pada masa akan datang. Moga NZ Kota dapat memberi ilham kepada kita semua.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan:

Anak benih

Daun yang rimbun

Pam Air Dari Tanah

Pokok Mengalami Mabuk Daun

Recycle Cocopeat

Sistem Paip

Tamat Musim

Terima kasih kerana membaca entri ini.. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 'HUBUNGI KAMI' . Saya akan cuba untuk memberi maklumbalas sebaik mungkin..










Fertigasi di rumah

Fertigasi di rumah sememangnya menyenangkan kerana kedudukannya adalah dekat. Saya sendiri menanam 150 pokok cili di sebelah rumah. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini saya telah menanam 60 pokok cili untuk sesi pembelajaran iaitu pada 2011. Setakat ini hasilnya adalah memuaskan. 

Apa yang menarik, serangan serangga, virus dan kulat adalah amat sedikit. Jadi, setiap pokok mampu mencapai 2 kg beratnya. Mungkin cuaca juga memainkan peranan. Cuaca yg tidak terlalu panas dan tidak terlalu berhujan adalah sangat ideal. Cahaya matahari memang penting untuk proses fotosintesis (proses tumbuhan membuat makanan) sekali gus mnggalakkan pendebungaan. Namun apa yang saya perhatikan, cahaya matahari di waktu petang  sebenarnya boleh menjejaskan pokok apatah lagi jika pokok ditempatkn di kawasan terbuka. Ditambah pula suhu sekarang yang  kurang sesuai akibat gejala el nino iaitu musim panas yang lebih panjang dari biasa.

Kesan suhu panas pada waktu petang
Saya juga ada membuat pemerhatian tentang kesan suhu panas petang kepada pokok tanaman. Antara simptomnya adalah seperti daun menjadi keras (agak kematu) dan yang lebih menakutkan buah pula menjadi bulat. Jadi,pilihan tapak projek adalah penting agar kita tidak kerugian. Kerugian boleh membantutkan semangat pekebun yang baru berjinak dalam  pertanian.

Elakkan kawasan banjir dan tempat laluan air hujan
Kawasan bebas banjir dan tempat laluan air hujan pula perlu dielakkan. Mengikut pengamatan saya dari kawan-kawan yang melakukan tanaman fertigasi di kawasan yang mengalami gejala banjir atau  takungan air, didapati daun menjadi kerinting secara kritikal dengan cepat selepas banjir surut. Ada kemungkinan media tanaman tercemar dengan  bakteria dan virus dari air  yang membanjiri kawasan. Jika banjir itu dalam hingga menenggelamkan polibeg, alamatnya pokok akan mati disebabkan oleh kereputan akar.

Tanaman fertigasi cili sentil
Untuk tanaman fertigasi saya, anak benih yang digunakan adalah jenis centil. Ramai orang mengatakan benih ini  adalah hasil kacukan cilipadi kampung dan siam. Tapi apa yang penting benih ini mampu mngeluarkan hasil yg maksimum, serentak dan cepat. Pembungaan tidak putus sekiranya kena pada gaya penjagaanya.Harga pasaran juga stabil. Buahnya juga besar,amat pedas dan padat. Kulitnya berkilat dan licin. Cili ini mudah dipetik apatah lagi semasa tuaian pertama. Saiz cili boleh mencapai sehingga lebih satu inchi. Cili Centil kini menjadi pilihan banyak pekebun disamping kelebihannya yg mmpunyai daya rintangan penyakit yang agak tinggi. Kadar kerosakan biasanya 5-10%.Kadar bulan produksinya hanya berkadar tujuh ke lapan bulan jika mggunakan polibeg (cocopeat atau tanah). Jika tidak menggunakan polibeg atau tanam di atas tanah,mungkin boleh mencapai setahun setengah.

Berikut adalah beberapa gambar tanaman fertigasi cili yang saya lakukan di rumah:











Terima kasih kerana membaca entri ini.. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 'HUBUNGI KAMI' . Saya akan cuba untuk memberi maklumbalas sebaik mungkin..










Wednesday, 2 July 2014

Pertanian

Blog

Takrif Fertigasi.
Pemberian baja dan air serentak. Media yg digunakan sekam bakar dan sabut kelapa tanpa tanah. Pokok mendapat nutrien lengkap dengan siraman berkala menggunakan perakam masa elektronik.

Alatan asas.
1.Dripper
2.Penyambung tiub
3.Paip poli 16 mm
4.Paip poli 25 mm
5.Penapis
6.Pam eletrik
7.Pengatur Masa Digital
8.Tangki

Pembenihan Benih Cili.
Menggunakan benih yang bermutu dan hybrid seperti jenis centil, 568 hybrid f1,terung hybrid dll.

Penyediaan anak benih
Dirawat,disi ke dalam  tray peat moss(mempunyai baja yg sesuai utk penyemaian).25-35 hari blh dipindahkan ke Polibeg(16x16).Ada jenis anti-UV yg berwarna putih.

Pembajaan
Ada 2 jenis baja yang digunakan,set A dan set B yang berasingan. Untuk sukatan 12 liter(Tong hitam) air, setiap baja A dan B perlu ditambah 120ml(setengah cawan).

Penjagaan pokok
Boleh menyiadakan pancang ( jarak antara lima polibeg).Setiap polibeg berjarak 2 kaki@ 2 kaki setengah )
Ada teknik Untuk tanaman yg menggunakan junjung seperti  petola,peria,kacang,timun

Jadual Pembajaan
1.Bulan Pertama,9.00am,12.00pm,4.00pm.
2.Bulan Kedua,9.00am,11.00am,1.00pm,4.00pm.
3.Bulan Ketiga( Sama seperti bulan kedua)lebihkan sedikit masa mnyiram.
4.Bulan Keempat,9.00am,10.00am,12.00pm,2.00pm,4.00pm.
5.Bulan Kelima(sama seperti bulan keempat)
6.Bulan keenam,9.00am,10.00am,12.00pm,2.00pm,3.00pm,4.00pm.
7.Bulan ketujuh,setiap jam tapi kurangkan sedikit jumlah titisan air
8.Bulan Kelapan,sama seperti bulan ketujuh.
* Perlu memeriksa penitis agar tidak tersumbat, pastikan tiada benda asing didalam tong baja seperti pasir.


Kawalan Serangga
Menggunakan pencegah serangga organik(merangkumi semua pencegahan). Seminggu sekali di waktu petang. Bergantung juga pada cuaca.
Kutip hasil selepas dua bulan.

Fertigasi mini Taman Sayuran.
1. Blh Campur tanaman lain contoh,terung, tomato,bendi,kacang panjang dll. 
2. Penggunaan air yang minimum.
3. Boleh dijadikan landskap di halaman rumah.Menceriakan Rumah dengan penjagaan yg  ringkas     
4. Minimum 10-20 pokok,maksimum 80 pokok.
4.Boleh tambah (pokok)dari masa ke semasa mengikut budget dan pengalaman.
5.Sesuai untuk  pembelajaran ke skala yang lebih besar.
6.Belajar mngenali simptom-simptom penyakit pada tanaman seperti  masalah serangga,kulat, DLL
7.Belajar mnyelesaikan masalah penyakit tanaman dengan lebih praktikal.
8.Menambahkan ilmu tentang tanaman
9.Menjimatkan perbelanjaan dapur.
10.Mengisi masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti yang berfaedah