NZ Kota memang sinonim dengan peminat
fertigasi di daerah Kluang, Batu Pahat dan Simpang Renggam. Diterajui oleh
En.Syekh Mohamad Noh, NZ Kota adalah peneroka terawal dalam tanaman fertigasi
di kawasan ini terutamanya cili. Saya juga bermula dari mereka dengan menyertai
pakej fertigasi cili centil pada 2011. Ketika itu harga sepokok lebih kurang RM
15(tak siap pancang). Sekarang kalau tak silap RM 23, tapi lengkap dengan
pancang dan net pagar.
Mereka
menggunakan kawalan serangga organik berjenama brogad dengan rutin semburan
seminggu sekali. Bagi menggalakkan bunga dan pucuk baru,Gibralic acid berjenama
hero gib diamalkan sama seperti rutin kawalan serangga.
Setelah
melalui beberapa musim, penyakit daun kerinting, lalat buah memang tidak dapat
dielakkan. Mujur pada musim ini serangan serangga,virus dan kulat adalah
terkawal. Tetapi, harga cili pula yang tidak stabil. Ini cabaran biasa bagi
penanam cili. Kesemua pokok yang ditanam dianggarkan berjumlah 3000 pokok.
Musim
ini juga, rezeki mereka dilihat agak cantik dan enak kerana bantuan Sistem
Pelindung Hujan(SPH) dll datang dengan diundang.Nampaknya 1/3 dari keseluruhan
kebun cili sudah ada teduhannya. SPH berfungsi sebagai pelindung hujan,hujan yg
berlarutan boleh mnyebabkan penyakit berkaitan kulat seperti bintik daun, hawar
pucuk dll. Dengan berbumbungkan plastic UVpada SPH, ia sedikit sebanyak ia dapat
mgurangkan pencahayaan sinaran matahari (ultra unggu) yang boleh menyebabkan
tumbesaran buah terbantut (jadi bulat). Cocopeat yang rosak, boleh diaplikasikan
untuk media pokok halia. Biasanya cocopeat
rosak disebabkan bakteria. NZ Kota juga pernah menanam terung panjang
dan hasilnya dikatakan memuaskan. Walau bagaimanapun, masalah pasaran menjadi
punca pada pemberhentian tanaman ini.
Air
yang digunakan bersumber dari bawah tanah secara semula jadi. Mereka menggunaka
mesin pnyedut khas yang mantap. Tahap PH air di situ sebenarnya beralkali
kerana jenis tanah liat. Jadi penyelesaiannya adalah dengan menambahkan cuka ke
dalam air bancuhan dengan sukatan yang optimum. Motor pam air yg digunakan
berjumlah lebih kurang lima biji dengan kadar HP yang berbeza. Sistem loping
digunakan untuk menyeragamkan titisan air. Tiga plot kawasan kesemuanya,dengan
jumlah kadar pokok yang berbeza. Setiap baris pokok ada disediakan SOV(valve
kecil) dan polipaip utama bersaiz 32mm,sambungan poli16mm ke poli32mm mggunakan
SOV dengan grommet. Lubang sambungan perlu digerudi mengikut saiz Poli kecil
yang hendak disambung ke poli besar. Pancang (besi nako) berukuran 6kaki dengan
jarak setiap polibeg berkadar 2kaki. Wed med (tikar) yg digunakan adalah jenis
yang berkualiti dan tahan lama berbanding jenis China.
Itulah
secebis kisah tentang NZ Kota, mungkin saya akan kongsikan lagi perkembangan
terbaru NZ Kota pada masa akan datang. Moga NZ Kota dapat memberi ilham kepada
kita semua.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan:
Anak benih |
Daun yang rimbun |
Pam Air Dari Tanah |
Pokok Mengalami Mabuk Daun |
Recycle Cocopeat |
Sistem Paip |
Tamat Musim |
Terima kasih kerana membaca entri ini.. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 'HUBUNGI KAMI' . Saya akan cuba untuk memberi maklumbalas sebaik mungkin..